-->

✿Sharah ForreroRocher's✿

14 October 2011

- ANDA BERANI?? -

  • Bunuh dengan sengaja di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dengan niat adalah satu pendakwaan yang mana hukuman mandatori adalah hukuman gantung sehingga mati.
  • Ini berbeza dengan hukuman di bawah seksyen 304 Kanun Keseksaan bagi membunuh tanpa niat yang memperuntukan hukuman maksima sehingga 25 tahun tetapi kuasa budibicara Mahkamah yang Mulia adalah luas dan kebanyakan diberikan satu hukuman ringan di antara 4 hingga 12 tahun bagi pertuduhan di bawah seksyen 304 Kanun Keseksaan yang rata-rata dimulai dengan perselisihan faham ataupun pergaduhan biasa sebagaimana pertuduhan di bawah seksyen 147/148 Kanun Keseksaan.

  • Namun, sekiranya ada kematian direkodkan di dalam kejadian gaduh mahupun tindakan perkumpulan, seksyen 302 atau 304 akan digunapakai oleh pihak pendakwaan. Bezanya, Seksyen 302 tidak boleh jamin. Manakala Seksyen 304 masih boleh diberikan jaminan oleh Mahkamah yang Mulia atas kuasa budibicaranya.
  • Namun, alangkah bodohnya dan singkatnya dunia bagi mereka diatas, kerana nak berlagak hero dan samseng kononnya, mereka akan di dakwa di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.
  • Tahukah anda bahawa pada kebiasaannya (selain kes high profile)kes bunuh hanya dimulakan setelah 3-4 tahun direman. Bayangkan tanpa jaminan diberikan dan 3-4 tahun ditempatkan di penjara. Bagaimana jiwa anda?
  • Ini tidak termasuk dengan alasan yang bakal menangguhkan kes anda samada pihak pendakwaan atau peguam anda akan buat onar kelak.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Post Older Post Home

ShoutMix chat widget
Large Rainbow Pointer

Facebook Badge

Sarah Shania

Create Your Badge

Sydney Lemonade's

Sydney Lemonade's

ARCHIVE

  • Oct 13 (1)
  • Oct 14 (6)
  • Oct 16 (2)
  • Oct 22 (1)
  • Nov 05 (2)
  • Nov 10 (1)

Post Titles

  • WO AI NI !
  • BODOH PUNYA PEREMPUAN !
  • AL-KISAH
  • Petua menghilangkan kelemumur
  • - LOVE U -

Followers

Theme images by Ollustrator. Powered by Blogger.